Sunday, November 20, 2016

Perasaan Saya

Assalamualaikum w.b.t ...Alhamdulillah Allah memberi masih kita nyawa untuk terus hidup di dunia ini...Dari kecik hingga ke besar ,dari bayi ke kanak-kanak selepas itu pula menjadi remaja dan seterusnya menjadi dewasa dan akan menjelma kelak adalah saat tua @ warga emas.Banyak musibah dugaan dan cabaran kita di dunia ini jika kita gagal tempuhi ia dengan Iman rasanya kita suda pergi ke alam lain dan tak sempat merasa saat kita tua...Saya bukanlah orang yang pandai atau bijak,saya juga sering melakukan dosa.Dari kesilapan kita ,kita dapat belajar untuk tidak melakukan atau mengulangginya lagi...Saya tak minta untuk di hormati dan di sanjungi oleh sesiapa kerana saya juga pandai melakukan kesilapan.

Saat saya untuk berubah amat sukar dan perlukan masa oleh itu mohon maaf jika saya menyakitkan hati keluarga dan orang-orang yang saya sayang dan jika saya ada menyakitkan hati anda yang membaca mohon maaf sangat-sangat tak ada niat untuk menyakitkan hati anda saya cuma berkongsi apa yang saya rasa dan pengalaman saya.Nak di cakapkan nak bangga bukan nak di cakapkan untuk menjadi contoh juga bukan kata orang Idol dan nak di cakapkan juga sebagai nak perihatin anda pun bukan.

Saya takut dengan dosa saya,saya takut dengan Allah dan saya berharap agar kita semua mendapat keredahan Allah ,Kesihatan,dan kesejahteraan dalam menempuhi hidup yang penuh cabaran ...

Akhir sekali yang teruk itu datang dari diri saya sendiri yang baik itu datang dari Allah...Jaga Ukwah Jaga Iman Jaga Keluarga...